KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan paling tinggi iaitu RM41.2 bilion berbanding RM36.3 bilion tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM5.5 bilion daripada jumlah itu adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin.
“Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit.
“Ke arah itu, ketercapaian kemudahan kesihatan akan terus ditingkatkan bagi menyurai kesesakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani Kedua di Dewan Rakyat disini hari ini.