HomeNiagaJualan kenderaan baharu merosot bulan lalu

Jualan kenderaan baharu merosot bulan lalu

KUALA LUMPUR: Industri automotif tempatan merekodkan penurunan jualan kenderaan baharu pada September, apabila pengguna mengambil pendirian tunggu dan lihat menjangkakan insentif di bawah pembentangan Belanjawan 2024.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) merosot 6.4 peratus kepada 68,156 unit pada September, berbanding 72,809 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, ia berkata pendaftaran kenderaan baharu setakat tahun ini mencecah 571,767 unit setakat September, 11 peratus lebih tinggi berbanding 514,449 unit yang direkodkan sepanjang tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah pengeluaran industri yang direkodkan pada September sebanyak 69,133 unit adalah lebih tinggi sedikit, berbanding 67,912 unit pada Ogos,” katanya.

MAA berkata, ia mengunjurkan jualan kenderaan pada Oktober adalah pada tahap yang sama seperti September. – Berita Harian

 

Author

Pilihan Editor