CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita dipercayai mencuri topi keledar dari sebuah motosikal.
Menerusi rakaman CCTV berdurasi 44 saat itu, kelihatan wanita terbabit berjalan secara bersahaja menuju ke kawasan parkir motosikal sebelum bertindak mencuri topi keledar yang terdapat di salah sebuah motosikal di kawasan itu.
Malah, turut kelihatan wanita tersebut membonceng motosikal seorang lelaki disyaki teman lelakinya sebelum melakukan perbuatan tidak berhemah berkenaan.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Awani, Bangi, pada 18 Oktober lalu.
Rakaman cctv kes curi topi keledar di Taman Awani, Bangi. pic.twitter.com/xYh3ETHITL
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 24, 2023
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengecam tindakan wanita itu yang menyifatkan perbuatan yang dilakukan itu tidak mendatangkan faedah.
“Apakah faedah-faedah nya mencuri helmet ni ah awak? bole jadi kaya ke acaner ni? angin woo kalo dah merasa jadi mangsa kerja musibat gini. Kan?” komen netizen
“Aku rasa bukan mencuri untuk jual ni. Ni curi sebab nak naik motor dan takde topi keledar. Bf bawak motor dan dia nak naik sekali so dia cam ‘awak gi ambik la mana2 topi keledar atas motor tu lepas tu boleh lah kita round-round jauh sikit’,” tulis netizen.
“Sengkek beno jiran KL ni sampai helmet pon nk rembat,” selar pengguna aplikasi X.