PERNAHKAH anda berasa kesakitan sebaik sahaja menjejakkan kaki di lantai pada waktu pagi?
Tahukah anda tentang sejenis sakit tumit yang disebabkan satu situasi dikenali ‘Calcaneal Spur’?
Menerusi Facebook The Diagnosa – Original, diceritakan satu kisah seorang wanita berkaitan sakit tumit ini kerana mungkin anda turut mengalaminya:
Seorang wanita datang ke klinik disebabkan sakit pada bahagian tumit. Wanita itu mengadu sakit tumitnya selalu berlaku pada waktu pagi ketika dia baru meletakkan kakinya dilantai.
Sakit tersebut berkurangan selepas beberapa lama berjalan dan melakukan kerja lain.
Dia berkerja dibahagian marketing sebuah syarikat dimana dia perlu berjalan banyak untuk berjumpa dengan client.
Sakitnya semakin teruk untuk beberapa ketika ini dimana dia nyaris jatuh disebabkan sakit yang teramat dibahagian tumit tersebut. Tumit tersebut seperti dicucuk dari dalam. Lalu dia datang berjumpa saya di klinik.
Apabila dibuat x-ray, gambarnya adalah seperti dibawah dimana terdapat penumbuhan tulang yang tajam dibahagian tumit tersebut. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘calcaneal spur’.
Calcaneal adalah tulang tumit. Manakala, spur itu pula adalah tulang tajam yang tumbuh dibahagain tumit tersebut(pada bahagian anak panah)
Tulang tajam inilah yang mencocok kaki ketika seseorang itu ingin mula berjalan pada waktu pagi. Tu yang apabila mula menapak, dia akan merasakan seolah-olah kakinya dicucuk oleh sesuatu. Yang sebenarnya tumit tersebut dicucuk dari dalam oleh tulang yang tajam itu.
Calcaneal spur ini terhasil disebabkan stress pada bahagian tumit yang berpanjangan. Stress yang berpanjangan ini akan menyebabkan tulang yang tidak normal tumbuh pada bahagian tumit.
Apakah faktor penyebab masalah ini?
1. Bekerja sebagai askar – sebab kerap berkawad
2. Atlet – sebab selalu berlari
3. Obesiti – akan menyebabkan stress yang lebih pada kaki
4. Pekerjaan yang melibatkan kerap berjalan – bagi pesakit ini, dia bekerja sebagai orang pemasaran yang kerap berjalan untuk berjumpa client. Oleh itu, ia menberi stres yang banyak pada bahagian kaki.
Rawatan bersesuaian?
1. Tukar cara kerja
Maksudnya kena kurangkan pekerjaan yang melibatkan pergerakan kaki. Ini berfungsi untuk mengurangkan stress pada kaki
2. Menggunakan pelapik kaki(insoles)
Pelapik kaki ini boleh dibeli dikedai farmasi. Pelapik ini bertujuan memberikan tapak pada bahagian kaki yang lembut. Jesteru mengurangkan stress pada bahagian kaki. Jadi ia boleh mengurangkan sakit serta mengelakkan tulang tumit daripada tumbuh.
3. Angkat kaki ketika tidur
Lapik kaki dengan bantal untuk meninggikan sedikit bahagian kaki tersebut. Ia dapat mengurangkan keradangan dibahagian kaki dan mengurangkan sakit tersebut.