CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklukan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi dalam masa terdekat.
Menurutnya, perkara itu dibuat susulan perletakan jawatan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Komunikasi Komuniti), Datuk Ismail Yusop berhubung perkara itu.
“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya memetik Kosmo.
Pada Khamis, media melaporkan Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri pada kelmarin.
Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.