HomeBeritaTiada laporan babit video perbualan lucah mirip KP J-Kom -KPN

Tiada laporan babit video perbualan lucah mirip KP J-Kom -KPN

CYBERJAYA: Tiada laporan diterima berhubung penularan satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dalam media sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang menyatakan pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana individu setakat ini, lapor Utusan.

“Tiada lagi laporan setakat ini, namun, penularan itu sudah ada dalam pengetahuan kita (polis),” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video rakaman perbualan seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah J-Kom seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Sementara itu, Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan selaku Ketua Pengarah J-Kom berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Author

Pilihan Editor