HomeBeritaViralDr Akmal Saleh 'terjah' pelajar berdua-duaan pukul 1 pagi

Dr Akmal Saleh ‘terjah’ pelajar berdua-duaan pukul 1 pagi

PANTAS! Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, ‘menerjah’ sekumpulan belia yang melepak hingga lewat pagi selepas membaca aduan penduduk taman di Merlimau.

Menerusi TikTok Dr Akmal, memaparkan tangkap layar luahan rasa kurang senang seorang individu yang mendakwa pelajar lelaki dan perempuan berdua-duaan di kawasan taman permainan sehingga lewat malam.

“Ada beberapa perkara nak cakap sikit first sekarang ni memang dah tak ada ke jawatankuasa penduduk taman untuk ronda malam-malam?

“Yang seterusnya ni makin parah sebab student yang menyewa area Taman Bestari makin liar. Maaf cakap, liar maksudnya duduk ramai-ramai campur lelaki perempuan sampai lewat malam. Tak elok macam tu sebab boleh mendatangkan fitnah.

“Lain perkara minta tolong pasangkan lampu kalau boleh dekat pondok-pondok yang berada di taman riadah/permainan.

“Sebab semalam ternampak pasangan student lelaki dan perempuan yang bertudung berdua-duaan duduk situ merendek, bermanja-manja sambil baring.

“Minta tolong penduduk kawasan setempat ambil cakna dengan jiran sekeliling. Musibah tuhan berikan bukan pada seorang tapi pada semua jika perkara ini tak ambil tindakan serius,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO melakukan pemeriksaan secara mengejut di kawasan perumahan Merlimau.

Menerusi perkongsian video itu, Dr Akmal sempat menegur serta menasihati beberapa pasangan dan kumpulan belia yang masih berada di luar rumah walaupun sudah melebihi 12 tengah malam.

Pukul satu pagi pon kita boleh terjah… Bukan setakat pembangunan fizikal, tetapi pembangunan rohani juga perlu kita bangunkan dalam Merlimau ini.

“Insya-Allah kita tegur dengan baik mereka akan dengar dengan baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@drakmalsaleh

Pukul 1 pagi pon kita boleh terjah.. Bukan setakat pembangunan fizikal,tetapi pembangunan rohani juga perlu kita bangunkan dalam Merlimau ini.. Insyallah kita tegur dengan baik mereka akan dgr dgn baik.. #drakmalsaleh #YangBerkhidmat

♬ Dramatic Military – Faid rafanda

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan beliau.

“Contoh akhlak yang baik dalam tegur menegur… bukan terus bantai pung pang pung pang… bila tegur dengan akhlak, mudah untuk orang menerimanya. Terbaik,” kongsi netizen.

Professional betul. Cara tegur dia buatkan anak muda boleh respect dia. Terus kan jadi yang terbaik tuan,” komen seorang pengguna TikTok

“Ini baru betul cara tegur orang. Bukan maki hamun atau terjerit-jerit,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor