HomeBeritaPekerja bukan Islam tak jejas status halal makanan di restoran Islam -...

Pekerja bukan Islam tak jejas status halal makanan di restoran Islam – Nik Nazmi

CYBERJAYA: Pekerja bukan Islam yang bekerja di restoran milik orang Islam tidak menjejaskan status halal makanan di restoran terbabit, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata, Islam mengajar umatnya untuk bertoleransi, apatah lagi negara ini berada dalam keadaan harmoni berikutan kepelbagaian rakyatnya.

“Kita juga mahu layanan sama seperti bos non-Muslim benar pekerja Islam solat,” katanya menerusi hantaran di laman X pada Rabu.

https://twitter.com/niknazmi/status/1727159288207179915?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1727159288207179915%7Ctwgr%5E414f62fb0f85a7e1e54c1b62cd0d647c049175a9%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.scoop.my%2Fberita%2F137669%2Fislam-ajar-kita-toleransi-pekerja-bukan-islam-kerja-di-restoran-muslim-tidak-jejas-status-halal-nik-nazmi%2F

Meskipun beliau tidak merujuk kepada mana-mana isu, namun sebelum ini tular mengenai
tindakan majikan di sebuah restoran Cina Muslim di Bukit Bintang, dekat ibu negara yang memecat seorang pekerjanya kerana memakai tanda salib.

Tindakan majikan di Mon Chinese Beef Roti itu mendapat kecaman ramai dan disifatkan sebagai diskriminasi.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran sebelum ini dilapor membangkitkan kebimbangan berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, isu agama dan kaum akan menjadi isu yang besar sekiranya tindakan segera tidak diambil oleh pihak yang berkenaan.

Kulasegaran juga mahu kementerian berwajib menangani segera insiden yang berlaku di premis terbabit.

Author

Pilihan Editor