HomeBeritaBersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU16 - Puad Zarkashi

Bersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU16 – Puad Zarkashi

 

CYBERJAYA: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpotensi besar ‘pergi jauh’ berdasarkan prestasi pilihan raya lalu.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, Setiausaha Agung Bersatu itu sudah terlupa bahawa parti itu kini semakin tertinggal jauh.

Beliau berkata, Bersatu bukan sahaja ditinggalkan jauh oleh PAS, malah Ahli Parlimennya juga akan meninggalkan parti tersebut.

“Puncanya Bersatu tidak ada akar umbi sendiri. Ia berjaya kerana PAS.

“Bersatu gagal mengganti UMNO. Bersatu tidak ada negeri sandaran seperti PAS, UMNO dan PKR. Ini melemahkan daya juang wakil rakyat Bersatu.

“Mereka akan beralih jika tidak kepada PAS, mereka akan beralih sokongan kepada PMX (Perdana Menteri). Bersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16),” tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Tangkap layar hantaran di laman Facebook Mohd Puad.

Pada Khamis, Hamzah mendakwa bahawa, Bersatu berpotensi ‘pergi’ jauh selepas memenangi 31 kerusi Parlimen dalam tempoh hanya enam tahun ditubuhkan.

Beliau menegaskan, parti lain selepas puluhan tahun tertubuh pun belum tentu boleh mencapai prestasi seperti Bersatu.

 

Author

Pilihan Editor