HomeSukanTMJ cabar Selangor lebur rekod JDT

TMJ cabar Selangor lebur rekod JDT

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Selangor FC (SFC) untuk memecahkan rekod yang dilakukan pasukan itu khususnya selepas menamatkan empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.

“Tolonglah break record ini. President FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) orang Selangor, Exco majority termasuk Datuk Shahril orang Selangor dan dalam FAS (Persatuan Bolasepak Selangor).

“Head of Referee Dato Sundra orang Selangor, CEO MFL (Liga Bolasepak Malaysia) Dato Stuart orang Selangor. Raja Muda Selangor 45 juta setahun Kerajaan Selangor bantu dah 8 tahun masih tiada piala.

“Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua Piala. Kalau tak, tak merasa,” kata Tunku Ismail yang sebelum itu turut berkongsi poster JDT yang melakar rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super pada musim 2016, 2020, 2022 dan 2023 di Instagram Storynya.

Justeru, Tunku Ismail menasihatkan sesetengah pihak supaya hanya fokus kepada pasukan sendiri dan tidak lagi membuat sebarang perbandingan memandangkan skuad Harimau Selatan sudah berada di kelas tersendiri.

“Kami dah terlampau jauh dengan record record yang kami pecahkan dan mencipta record yang baru. Ingatlah wakai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.

“Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan/accident tetapi telah dirancang oleh yang Maha Esa. When you have good intention, you are always Blessed,” katanya. – Berita Harian

Authors

Pilihan Editor