HomeBeritaPolitikPemilihan Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8

Pemilihan Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8

 

KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi bagi menduduki Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023 hingga 2026.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mendahului senarai 27 pemimpin Amanah yang dipilih perwakilan melalui undian e-voting dengan memperoleh 900 undi.

Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berada di kedudukan kelapan dengan undian sebanyak 613 undi.

Manakala Bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Amanah, dengan 899 undi.

Manakala, Azli Yusof berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan undian 755, sementara Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di kedudukan keempat (699 undi).

Ketika ini, 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi 2023/2026 sedang bermesyuarat bagi memilih individu yang akan mengisi lima jawatan tertinggi dalam parti iaitu Presiden; Timbalan Presiden; serta tiga Naib Presiden. – Buletin TV3

Author

Pilihan Editor