CHOW KIT: “Patriotisme datangnya dari jiwa, semangat dan tindakan. Ia belum ‘mati’ jika kita lihat kurangnya bendera dipasang, dikibarkan,” kata Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Zain.
Tambahnya, selama dua tahun negara tidak pasang bendera, tiada sambutan kemerdekaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik.
“Namun ia tidak bermakna matinya patriotisme dalam jiwa kita sebagai rakyat.
“Sama seperti isu ada kaum tertentu tolak untuk menerima bendera atau pasang bendera ia tidak bermakna patriotisme itu tiada dalam hati mereka.
“Seperti contoh program malam ini kita buat dari mat rempit sendiri, kita akan pasang bendera, kita uar-uarkan kepada mereka supaya pasang dan mereka konvoi dengan bendera Malaysia,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Pada 1 Ogos 2022, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dengan kerjasama RS Park Sdn Bhd bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) mengambil inisiatif untuk mengedarkan 300 Jalur Gemilang secara percuma kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal di hadapan Digital Mall.
Namun mengejutkan pengamal media yang berada di lokasi apabila semua pemandu dari satu kaum ini enggan nenerima Jalur Gemilang walaupun diberikan percuma.
Dalam pada itu Razalif berkata, program santuni mat rempit ini selain mengelak gejala yang mana tidak ikut peraturan untuk kembali kepada mematuhi undang-undang.
“Kita juga adakan perbincangan dengan golongan untuk adakan trek khas, tiadalah merempit di jalan raya.
“Yayasan Metamorphosis diwujudkan pada 2019, banyak membantu asnaf B40, utamakan kebajikan, cuma yayasan ini fokus kepada golongan anak muda dari segi perniagaan, perubatan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, semua kita cuba bantu sedaya upaya,” katanya.