ANGGOTA penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melaksanakan tugas diserang orang awam dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada tahun lalu.
Kejadian bermula apabila dua anggota penguatkuasa bertindak mengekori sebuah lori yang dipercayai melakukan kesalahan lalu lintas.
Menerusi video lebih seminit yang tular sejak Rabu, salah seorang daripadanya menggunakan isyarat tangan dan membunyikan siren bagi meminta pemandu lori itu memberhentikan kenderaan.
Penguatkuasa JPJ didakwa diserang . Kejadian dikatakan berlaku di kedah.
Info lanjut menyusul pic.twitter.com/9L7TmctCTm
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 2, 2024
Akur dengan arahan itu, pemandu lori tersebut dilihat memberhentikan kenderaannya di sebuah kawasan parkir, sebelum pemandu dan kelindan dan terus memaki hamun anggota JPJ tersebut.
Namun, apa yang mengejutkan adalah kelindan lori itu dilihat berlagak samseng kerana menumbuk salah seorang anggota JPJ yang sedang merakam kejadian tersebut.
Video sama turut memaparkan pemandu dan kelindan lori itu membuat provokasi terhadap penjawat awam berkenaan.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di utara Semenanjung Malaysia berdasarkan loghat yang digunakan individu dalam video tersebut.
JPJ ketika dihubungi MEDIA VARIASI memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan ke atas suspek.
Malah, ada yang sudah menjangkakan bahawa suspek akan dikenakan tindakan undang-undang susulan tindakan keras itu.
Tulis @dinz512: “Tak memasal dok dalam lokap…Adan uke! Tunjuk samseng sangat.Buat Malaysia ni macam tak ada undang-undang.”
Tambah @farzLizan: “Confirm ke dalam (penjara). Menghalang tugas penjawat awam, kan JPJ ada senjata kenapa tak gunakan?”
@dodger2912 berkata: “Menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugasnya. jail tak pasal-pasal.”