ROTI canai pastinya menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur dan masyarakat.
Untuk menghasilkannya bukanlah mudah seperti disangka, dan memerlukan teknik yang betul untuk menebar roti itu.
Namun, semuanya tampak mudah buat tiga beradik yang baru-baru tular di media sosial dek kerana berkongsi ‘skill’ menebar roti canai.
Menerusi video di TikTok @mezanrotiman, kelihatan seorang lelaki bersama tiga orang anak lelakinya dengan bersahaja mempamerkan kemahiran masing-masing menebar roti canai.
@mezanrotiman Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, tunggu ya nanti dorang akan keluar buat show 🔥 #rotiterbangmezankampungenam #Bedehek #Sangkaliaw
Video yang mendapat lebih 500,000 tontonan itu turut membuatkan rata-rata warga net teringat dengan babak dalam filem ‘Lagi-lagi Senario’ yang umum mengetahui kisahnya mengenai warung roti canai.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net kagum dengan kemahiran yang ditonjolkan tiga beradik itu.
“Padu weh! Holiaw, macam tu je depa (mereka) raver roti canai tu!” komen netizen.
“Warung Azlee masih carik penebar roti tak bang?” seloroh warga net.
“Ini baru kata 7 keturunan turun ilmu…terbaik!” puji netizen.