KEHADIRAN seorang peminta sedekah yang cuba membuka pintu sebuah kenderaan dalam kejadian di Banting, Selangor, baru-baru ini mencetuskan kebimbangan ramai.
Menerusi rakaman video, jelas kelihatan peminta sedekah itu cuba membuka pintu kereta tersebut dan apabila mendapati ia berkunci, dia terus beredar.
Difahamkan, peminta sedekah itu tidak menyedari kehadiran pemilik yang berada di dalam kenderaan tersebut disebabkan permukaan cermin gelap.
Seram wei.. rohingya tu buat apa pegang pintu kereta lama lama. Kalau perasan muka dengan tangan dia macam lelaki pastu kat dada macam mcm ada something.
Dia tak perasan dalam kereta ada orang sbb cermin tinted. Lokasi Banting pic.twitter.com/thPqsjkz47
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 16, 2024
Peminta sedekah yang dipercayai etnik Rohingya itu dilihat lengkap berbaju kurung, bertudung labuh dan memakai pelitup muka sambil memegang sebungkus tisu.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah susuk tubuhnya yang jelas kelihatan seperti lelaki meskipun berpakaian wanita.
Ini termasuk raut wajah, bentuk tangan serta dadanya yang dilihat seolah-olah disumbat sesuatu bagi menampakkan sama seperti wanita.
Di ruangan komen, lambakan warga asing khususnya etnik Rohingya di negara ini dilihat sebagai satu masalah kepada rakyat, manakala kerajaan digesa untuk menangani isu tersebut secara segera.
Tulis @kopiaiskaw_: “Negara kita banyak sangat bagi muka dekat warga asing. Tak kisahlah negara mana pun, datang merempat dekat sini. Dahlah negara kita kecil, ditambah pula puak-puak perosak pendatang asing ni.Semak kepala.”
Tambah @akhmaratul: “Minta tolong sangat menteri-menteri yang sepatutnya buat kerja. Tangkap pendatang asing. Pendatang asing sekarang menakutkan. Mereka dah selesa duduk Malaysia sampai buat Malaysia ni macam negara mereka sendiri. Tolonglah tegas.”
“Sekarang ini dekat negara sendiri pun seram, menakutkan,” kata @Mike_Devo.
Sementara itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa peminta sedekah itu sememangnya menyamar sebagai seorang wanita.
@HakimKelasi berkata: “Orang Banting sini, memang lelaki tu. Dia dok ronda kawasan TM Point, CLC. Ada je orang-orang sound dia ni. Tak makan saman betul.”
“Jelas muka lelaki walaupun pakai mask. Dada tu pula erm… memang diletakkan sesuatu,” kata @NorJ_Ahmad.