HomeBeritaKapal persiaran Costa Serena tawar restoran halal Jakim

Kapal persiaran Costa Serena tawar restoran halal Jakim

KLANG:  Usaha menjadikan Port Klang Cruise Terminal (PKCT) sebagai destinasi pelayaran antarabangsa utama akan meningkatkan sektor pelancongan negara dengan kedatangan kapal-kapal persiaran seperti Costa Serena.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, usaha kerjasama antara Costa Cruise Lines dan Hwajing Travel and Tours akan membawa manfaat ekonomi yang berterusan, seiring dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan aspirasi Ekonomi Madani.

Menurut beliau, Costa Serena berpotensi menjadi daya tarikan pelancong Muslim tempatan dan antarabangsa dengan persijilan halal Jakim di restoran kapalnya.

“Kebanyakan kapal persiaran antarabangsa tidak mempunyai restoran halal,” katanya pada sidang media dalam kapal Costa Serena pada Jumaat.

Loke menambah beliau akan menghadiri Persidangan Pelayaran Dunia di Amerika Syarikat tahun ini untuk menarik lebih banyak syarikat kapal persiaran ke sini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin; Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Ean Yong Hian Wah; Pengarah Urusan Hwajing Travel and Tours, Kenny Cheong; Pengarah Wilayah dan Pasaran Pertumbuhan Costa Cruises, Francesco Raffa, dan kapten kapal, Giambattista Mancini.

 

Author

Pilihan Editor