HomeBeritaMahkamah & JenayahPekerja kafe mahu bayar hutang tapi curi wang majikan

Pekerja kafe mahu bayar hutang tapi curi wang majikan

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita yang dipercayai mahu melangsaikan hutangnya ditahan polis, selepas bertindak mencuri wang sebanyak RM400, di sebuah kafe tempatnya bekerja di sini, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil siasatan mendapati, wanita berusia 24 tahun itu didapati melakukan perbuatan tersebut sekitar jam 10 malam di kafe berkenaan.

Pekerja wanita yang didakwa melakukan aktiviti curi wang di kafe berkenaan. – Foto: PDRM

Namun, perbuatan suspek berjaya dikesan majikannya  menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum  membuat laporan polis.

“Sebaik menerima laporan tersebut, sepasukan polis telah menahan suspek pada hari yang sama.

“Hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Bagaimanapun, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Untuk rekod, suspek baru sahaja bekerja di kafe berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Author

Pilihan Editor