HomeBeritaSuami bakar tilam berang tidak dibawa kenduri kahwin

Suami bakar tilam berang tidak dibawa kenduri kahwin

AMPANG JAYA: Berang tidak dibawa sekali ke majlis perkahwinan anak saudara, suami tergamak membakar tilam dan bantal sebelum ditahan pihak polis dalam kejadian di Taman Pandan Mewah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang wanita berusia 57 tahun menghidu bau terbakar di dalam rumahnya.

“Setelah wanita itu membuat pemeriksaan, dia mendapati tilam dan bantal di dalam bilik telah dibakar oleh suaminya dengan menggunakan pemetik api. Kebakaran itu telah dipadamkan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, punca suspek membakar bantal dan tilam tersebut kerana marah kepada isteri dan anaknya tidak bawa dia ke majlis perkahwinan anak saudara mereka di Kajang.

“Kita telah menahan suspek berusia 61 tahun dan merampas satu pemetik api pada pukul 10.10 malam, hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor