CYBERJAYA: Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menerusi kenyataan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk.
Menurut MetMalaysia, enam lokaliti itu membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang, membabitkan daerah Kuantan.