HomeGaya HidupTangan kerap ‘shaking’? Ketahui gejala ini!

Tangan kerap ‘shaking’? Ketahui gejala ini!

JIKA tangan anda sering menggeletar, jaga-jaga! Mungkin itu satu petanda bahawa anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Menurut Publich Health Malaysia (PHM), tangan yang menggeletar adalah satu pergerakan yang tidak terkawal yang berpunca dari pelbagai faktor.

“Ramai yang mengadu merasa shaking atau menggeletar sejak akhir akhir ini.

“Punca tangan menggeletar mungkin termasuk faktor gaya hidup (seperti minum terlalu banyak kopi) dan masalah perubatan seperti strok atau penyakit Parkinson.

“Ia juga boleh berlaku apabila kita penat dan terlalu marah,” maklum PHM menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Malah, PHM turut menasihatkan individu yang kerap mengalami gejala tangan menggeletar supaya mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan berdekatan.

Foto: FB Public Health Malaysia

Author

Pilihan Editor