HomeBeritaPusat Pelawat Royal Selangor sambut ulang tahun ke-20

Pusat Pelawat Royal Selangor sambut ulang tahun ke-20

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Pusat Pelawat Royal Selangor sempena ulang tahunnya yang ke-20, di sini pada Rabu.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku The Royal Selangor Story: Born and Bred in Pewter Dust hasil karya Chen May Yee.

Ketika lawatan, baginda melihat produk piuter dan perak yang dihasilkan pekerja Royal Selangor serta menyaksikan bagaimana produk-produk berkenaan dihasilkan oleh mereka.

Sultan Sharafuddin melihat produk piuter dan perak yang dihasilkan pekerja Royal Selangor.

Turut hadir pada majlis itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; serta Pengarah Urusan Royal Selangor, Datuk Yong Yoon Li.

Yoon Li (dua dari kiri), Sultan Sharafuddin (tiga dari kiri) dan Tengku Permaisuri Norashikin (empat dari kiri) antara yang hadir pada majlis pelancaran Pusat Pelawat Royal Selangor sempena ulang tahunnya yang ke-20 pada Rabu.

Sejak ditubuhkan pada 2004, Pusat Pelawat Royal Selangor telah menjadi destinasi global yang terkenal selama dua dekad kecemerlangan, inovasi, dan komitmen untuk memelihara seni kraf piuter.

Ketika ini, ia mempunyai kira-kira 500 pekerja dan menjadi tarikan besar pelancong luar untuk melihat kraf piuter buatan Malaysia, yang menawarkan lebih 1,000 kraf pinggan, mangkuk dan cenderahati serta aksesori peribadi.

Menyusul…

Author

Pilihan Editor