HomeBeritaADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong dilaporkan meninggal dunia akibat kanser.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan pada Khamis mengesahkan perkara tersebut.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu oleh Puan Lee Kee Hiong sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” katanya.

Mendiang berusia 58 tahun dan difahamkan telah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Lee adalah wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya negeri Selangor 2023.

Sebelum ini, Dewan Rakyat turut dimaklumkan tentang kematian Lee apabila pemimpin DAP, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengucapkan takziah.

Menurut laporan berita beberapa akhbar harian Cina, majlis perkabungan Lee akan diadakan di Nirvana Centre Kuala Lumpur.

Difahamkan, kematian Lee akan mencetuskan pilihan raya kecil berikutan kerusinya kosong dalam tempoh kurang setahun selepas pilihan raya negeri yang lalu.

Author

Pilihan Editor