HomeRaikan kemeriahan Syawal di 'Magnifience of Raya'

Raikan kemeriahan Syawal di ‘Magnifience of Raya’

KIRA-KIRA dua minggu lagi sebelum umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ramai yang teruja untuk melakukan persiapan tidak kira dari segi pakaian, juadah, mahupun perhiasan.

Persiapan awal bagi sambutan perayaan itu kebiasaannya bukan sahaja dibuat di setiap kediaman penganut Islam, malah ruang pejabat, kenderaan awam dan pusat beli-belah dilihat turut teruja menyambut hari kemenangan Islam tersebut.

The Exchange TRX antara yang tidak terlepas meraikan keindahan musim raya ini menerusi ‘Magnifience of Raya’, sebuah pameran visual yang menampilkan budaya, tradisi dan kesenian Melayu yang berlangsung sehingga 21 April depan.

Menurut Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia, Mitch Wilson, penganjuran pameran itu dibuat bagi meraikan keindahan budaya tradisional Melayu dan memberi penekanan terhadap peranannya dalam membentuk seni bina, rekaan dan seni komtemporari Malaysia.

“Matlamat kami adalah untuk membina peluang bagi komuniti setempat The Exchange TRX untuk saling memahami dan menghargai budaya satu sama lain.

“Selain pameran yang menghiasi Central Exchange, gerbang pintu masuk ruangan umum dan TRX City Park, kami turut membawa persembahan kebudayaan di Central Exchange dengan harapan ia dapat memberi pengalaman yang boleh dihayati oleh semua pengunjung,” katanya.

Pemasangan peti cahaya gergasi di TRX City Park yang diinspirasikan daripada ketupat.

Pengunjung akan disambut oleh elemen hiasan di gerbang masuk dan keseluruhan ruang dalaman The Exchange TRX, manakala terdapat sebuah kotak lampu gergasi berbentuk ketupat yang begitu sinonim pada hari raya di TRX City Park.

Elemen hiasan di gerbang masuk ‘Magnifience of Raya’.

Menelusuri ‘Magnifience of Raya’ yang tertumpu di Central Exchange, pengunjung akan dibawa berkunjung ke sebuah rumah kampung dengan seni bina memukau serta rekaan dan motif Melayu tradisional.

Unsur utama bagi kempen itu adalah batik Malaysia, yang mengambil ilham daripada keindahan alam di Malaysia serta motif keindahan bunga raya sebagai tumpuan utama.

Paling menarik perhatian pada pameran ini adalah bunga-bunga mekanikal gergasi yang berayun lembut seolah-olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, yang sudah semestinya satu penghargaan terhadap landskap semula jadi Malaysia.

Antara hiasan memukau pada pameran ‘Magnifience of Raya’.

Sementara itu, para pengunjung yang ingin berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah juga boleh menikmati persembahan silat dan wayang kulit atau persembahan muzik daripada kumpulan caklempong dan kompang.

Wayang kulit dipertontonkan di The Exchange TRX, yang akan berlangsung setiap hujung minggu di Central Exchange bersama persembahan kebudayaan lain.

Pengunjung juga dipelawa untuk memuat naik gambar dengan hiasan raya kegemaran masing-masing bagi melayakkan mereka memenangi hadiah istimewa daripada The Exchange TRX.

Mereka juga semestinya teruja dengan promosi dan tawaran Ramadan-Raya yang disediakan oleh jenama-jenama tempatan di The Exchange TRX, seperti Ariani, Bonia, Calaqisya, Carlo Rino, Habib, Minimalist Lab, Wanderlust + Co.

Pengunjung yang ingin berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga boleh mencuba pelbagai jenis makanan dari Meriah oleh Serai Group, yang menampilkan hidangan dari Asia Tenggara; dan G’rai, sebuah restoran yang mengambil inspirasi citarasa Melayu asli dan membawa juadah istimewa beraneka rasa.

Untuk memeriahkan lagi suasana, The Exchange TRX turut meraikan kanak-kanak dan penjaga mereka dari Rumah Bakti Syaheera, yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti mencanting batik dari corak lukisan tangan dan banyak lagi.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, pengunjung serta pemegang kad UOB atau Citibank berpeluang menerima hadiah eksklusif daripada The Exchange TRX.


Lovely Lace Reed Diffuser dan sampul duit raya antara hadiah eksklusif buat pengunjung dan pemegang kad kredit UOB dan Citibank.

Berikut merupakan senarai hadiah eksklusif berserta syarat:

  • Mereka yang membelanjakan jumlah minimum RM1,500 (RM1,200 untuk kad UOB dan Citibank) dalam dua resit akan menerima Lovely Lace Reed Diffuser (200 milimeter).
  • Mereka yang membelanjakan minimum RM200 (RM150 untuk kad UOB dan Citibank) dalam satu resit akan menerima paket sampul duit raya rekaan istimewa.
  • Mereka yang membelanjakan minimum RM150 dalam satu resit layak menerima tambahan RM20 baucar tunai Seibu. (Kad kredit UOB dan Citibank)
  • Mereka yang membelanjakan minimum RM1,200 dalam dua resit layak menerima RM180 baucar tunai Seibu. (Kad kredit UOB dan Citibank)

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theexchange.my/atau ikuti The Exchange TRX di Facebook dan Instagram.

Author

Pilihan Editor