HomeBeritaPR1MA jangka tingkat kualiti

PR1MA jangka tingkat kualiti

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kerjasama strategik antara agensi-agensi kerajaan seperti PR1MA adalah penting dalam membina rumah dan komuniti mampan, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Menurut beliau, agenda yang telah dibincangkan dalam perkara tersebut adalah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Agenda Bandar Baharu (NUA), Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta topik-topik berkaitan dalam bidang perumahan, bandar pintar, dan pembinaan.

Beliau juga berkata bahawa KPKT akan terus menyokong PR1MA dalam misinya untuk membangunkan perumahan mampan untuk rakyat.

Turut hadir bersama pada majlis adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, para menteri dan wakil-wakil dari negara-negara ASEAN dan juga Republik Rakyat China.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan dan Pameran Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman dan Pembinaan Antarabangsa ke-23 (ARCHIDEX 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Rabu.

Antara majlis yang dihadiri beliau adalah Majlis Pertukaran Surat Minat antara PR1MA Communications Sdn. Bhd. dengan Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd., dan juga Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan PR1MA Malaysia Sdn. Bhd. dan SANY Construction Industry Development (M) Sdn. Bhd.

 

 

Author

Pilihan Editor