NIBONG TEBAL: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, yang bermula dari pukul 8 pagi, telah tamat pada pukul 6 petang, di sini, hari ini.
Setakat pukul 4 petang, 57.7% daripada 39,151 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka daripada 9 pusat pengundian.
Semua peti undi dari 64 saluran pengundian tersebut akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi.
Keputusan PRK DUN Sungai Bakap antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin, dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail, akan diumumkan pada malam ini.