HomeBeritaGangguan IT: 5 agensi kerajaan, 9syarikat swasta terjejas

Gangguan IT: 5 agensi kerajaan, 9syarikat swasta terjejas

PUTRAJAYA – Sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta mengalami gangguan sistem teknologi maklumat (IT) pada 19 Julai lalu, menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau menyatakan bahawa agensi-agensi yang terjejas termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara, serta Lembaga Zakat Kedah.
Sembilan syarikat swasta yang terjejas pula melibatkan sektor penerbangan, perbankan, dan kesihatan, tambahnya.
“Kesemua data dalam sektor kerajaan adalah selamat. Tidak ada sebarang ketirisan dan kita lihat tidak ada masalah dari segi data,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Gobind juga memaklumkan bahawa terdapat cubaan pancingan data ketika gangguan itu berlaku, namun kerajaan berjaya mematahkan cubaan tersebut.

Author

Pilihan Editor