HomeBeritaKerajaan anjur himpunan solidariti bersama Palestin pada Ahad ini

Kerajaan anjur himpunan solidariti bersama Palestin pada Ahad ini

PUTRAJAYA: Satu perhimpunan solidariti bersama Palestin akan diadakan Ahad ini untuk menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perhimpunan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam itu, telah diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Katanya, perhimpunan tersebut dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet serta pemimpin negara.

“Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama menyatakan solidariti dalam isu Palestin.

“Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus berdiri bersama rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Author

Pilihan Editor