Atlet Badminton Negara Goh Jin Wei berakhir awal di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah ditewas pada perlawanan kedua dalam Kumpulan H.
Pemain wanita itu terpaksa akur dengan kekalahan tiga set kepada Kim Ga Eun dari Korea Selatan, di Arena Porte de La Chapelle.
Beliau yang berjaya bangkit selepas tewas di set pertama, menunjukkan semangat yang kuat untuk memenangi set kedua dengan 22-20. Namun, beliau tewas tipis 21-23 di set ketiga kepada pemain Korea tersebut.
Sebelum ini, beliau berjaya menewaskan juara badminton Johanita Scholtz dari Afrika Selatan dengan 23-21, 21-11.