HomeSukanAshley hayun 'Bogey Berganda', bola golf ‘tenggelam’ tiga kali

Ashley hayun ‘Bogey Berganda’, bola golf ‘tenggelam’ tiga kali

Gambar: Olympic Council of Malaysia

Atlet Golf Negara Ashley Lau terpaksa menghadapi cabaran besar dalam kejohanan terkini apabila terpaksa menghasilkan ‘bogey berganda’ sebanyak lima kali, selepas bolanya jatuh ke dalam tasik, tiga kali.

Beliau kelihatan hilang focus ketika bermain di lubang ke-14, di mana bola pertamanya melencung ke arah tasik.

Percubaan untuk memulihkan keadaan gagal apabila dua bola seterusnya turut mengalami nasib yang sama, menyebabkan beliau terpaksa menerima penalti tambahan dan seterusnya menghasilkan ‘bogey berganda’.

Gambar: Olympic Council of Malaysia

Walaupun terpaksa berdepan dengan kesukaran tersebut, Ashley tidak menyerah kalah dan terus bermain dengan semangat yang tinggi untuk menamatkan pusingan beliau.

Beliau ditewas oleh Lydia Ko dari New Zealand, serta Esther Henseleit dari Germany dan Lin Xi Yu dari China, dalam rebutan pingat emas, perak dan gangsa masing-masing.

Author

Pilihan Editor