HomeNiagaAplikasi BBChat jana pendapatan, bukan sekadar 'chatting'

Aplikasi BBChat jana pendapatan, bukan sekadar ‘chatting’

KUALA LUMPUR: Jana pendapatan tambahan hanya dengan berkongsi rangkaian aplikasi BBChat.

Aplikasi BBChat adalah platform ‘SuperApp’ di mana urus niaga dalam talian, pembayaran bil, tambah nilai Touch N Go, insuran Takaful dan lain-lain boleh dibuat menggunakan aplikasi ini.

Ia dibangunkan oleh institusi usahawan digital, Akademi Bigboys diterajui anak muda berusia 29 tahun, Rizwan Ramalan.

Rizwan berkata, aplikasi BBChat adalah aplikasi berbentuk media sosial tetapi mampu memberi akses kepada semua jenis pembayaran termasuk berbelanja dalam galeri.

“Media sosial lain seperti Whatsapp, Telegram dan WeChat hanya komunikasi dua hala tetapi BBChat kami integrasikannya untuk semua akses temasuk transaksi dalam talian.”

“Aplikasi BBChat kini mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna telefon bimbit berikutan, fungsi dan peranannya membentuk integrasi dinamik secara holistik.

“Selepas sebulan diperkenalkan, BBChat menerima 5,000 pengguna.

“Cuma perkenal BBChat menerusi media sosial setelah pengguna baharu mendaftar tanpa sebarang bayaran dan mereka menggunakan platform ini bagi semua urus niaga dan transaksi atas talian, maka anda akan memperoleh pendapatan selagi mana ia digunakan mereka,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Seminar BB Chat by BigBoys di Hotel Pullman di sini.

Seminar telah dijayakan bersama rakan kolaborasi BBC dan sebuah platform perdagangan Aximtrade bersama Cikgu Anas Suhail dari CAG Group untuk kelas pembelajaran teknikal analisa trading pada sesi petang.

Seramai 117 peserta hadir termasuk dari syarikat insuran Great Eastern, Global Ikhwan Sdn Bhd dan Gerakan Ekonomi Rakyat.

Tambah beliau, aplikasi ini mengunakan teknologi AI, Block chain dan automation dalam pembangunan.

“Dari segi sekuriti, BBChat tidak memegang apa-apa data pengguna, tetapi pengguna miliki data sendiri, inilah teknologi Blockchain.

“Ia sangat secure dan privasi, kerana data yang ada di encrypt dijadikan sebagai kod,” katanya- MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor