HomeBerita30 ekor lembu nyaris 'terkorban', DBKL rampas seekor

30 ekor lembu nyaris ‘terkorban’, DBKL rampas seekor

SELAYANG: Mengikut prosedur aktiviti keagamaan tidak akan ‘disentuh’ tetapi agak aneh apabila 30 ekor lembu korban nyaris dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia berikutan aduan awam berkaitan lembu-lembu itu dibawa ke lokasi penyimpanan berkenaan.

Kesemua 30 ekor lembu yang sebelum ini ditambat merata tempat telah dibawa ke tanah persendirian yang tertutup selepas pemilik tanah bersetuju menyediakan tempat penyimpanannya.

Pemilik tanah yang dikenali sebagai Muhammad, berkata sewajarnya DBKL berterima kasih kepadanya kerana menyelesaikan isu berpuluh tahun berkaitan penempatan lembu-lembu korban yang sebelum ini ditambat di merata tempat.

“Pihak Jabatan Kesihatan Alam Sekitar (JKAS) DBKL langsung tak nak terima kasih kepada usaha saya dan rakan-rakan, kita sangat kecewa.

“Kami harap pihak Menteri campur tangani hal ini dengan cara baik sebab kami membantu kenapa susah sangat.

“Memang ada aduan oleh seorang individu ini yang tak puas hati sebelum ini lagi mengakui semua tanah ini dia punya tetapi saya nafikan kawasan ini adalah milik saya dan sudah diselesaikan secara baik.

“Tanah ini milik saya dan saya diamanahkan oleh pemilik lembu untuk menempatkan 30 ekor lembu di sini untuk majlis korban,” katanya kepada MEDIA VARIASI di sini semalam.

Tambah beliau, ketua kampung sendiri melihat tempat berkenaan sesuai untuk penempatan sementara dan penyembelihan lembu kerana dilengkapi pagar, longkang, air, lubang najis dan darah tidak dicampur longkang awam.

“Pihak veterinar juga berpuas hati dengan keadaan penempatan lembu di sini, mereka tiada masalah.

“Jika penyembelihan dibuat di masjid, darah dan najis bercampur longkang awam lagi, tapi perkara ini JKAS tutup mata sahaja.

Tambah Muhammad lagi, beliau pernah mengadakan mesyuarat dengan JKAS DBKL dan awalnya dibenarkan tetapi ada pihak atasan menyoal semula sehingga mereka membuat ‘U-turn’ keputusan awal dan menafikannya.

“Sepatutnya minit mesyuarat itu ada dan boleh dikemukakan semula bukti ia sudah diluluskan.

“Seorang Ahli Parlimen sudah menyoal dalam Parlimen sila jawab ‘black and white’ dibenarkan atau tidak,” katanya.

Isu ini diadu ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menjadi pengantara antara pihak pemilik tanah dan DBKL bagi menyelesaikan isu ini.

MEDIA VARIASI yang bersama PPIM ke DBKL pada petang tadi mengadakan perbincangan tertutup bagi mencari penyelesaian bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim.

Pengarah JKAS DBKL, Dr Umi Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan meminta pihak korporat DBKL memberi maklum balas.

Berita berkaitan: Terima kasih Shahidan selesai segera isu 30 ekor lembu korban

Author

Pilihan Editor