HomeBeritaIsu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

KUALA LUMPUR: Isu bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi serah diri ke penjara, di atas kegagalan mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung dengan tarikh lawatan tiga orang anaknya, masih mengejutkan ramai pihak.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

Anehnya, berita mengenai Emilia, 43, sebelum ini tidak mendapat liputan pun oleh mana-mana media berkaitan meskipun pemimpin seperti Maria Chin Abdullah pernah bersuara berhubung kritikannya terhadap hukuman penjara ibu tunggal tiga anak itu.

Bagaimanapun, isu kes Emilia serah diri ke penjara, tiba-tiba mencetuskan fenomena negara, semua media arus perdana sudah berani membuat liputan seolah-olah seluruh rakyat bersatu memberikan pandangan, dan perhatian termasuk selebriti tanah air seperti Lisa Surihani, Caprice dan Azhar Sulaiman.

Mereka bukan sahaja tampil mengecam tindakan bekas suami wanita itu, malah ada antaranya turut mempertikai keputusan mahkamah yang disifatkan mengelirukan masyarakat.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

Pelakon popular tanah air, Datin Lisa Surihani menerusi laman Instagram Storiesnya, dipetik murai.my berkata,

“Keputusan yang amat mengelirukan dari Mahkamah Syariah dan terasa ia agak double standard dan tidak adil.

“Namun kurang kefahaman ini adalah juga kerana tidak mengetahui hujung pangkal kesnya.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

“Sebaiknya, pencerahan diberikan kenapa keputusan ini ditentukan yang secara tidak langsung memberikan impak terhadap golongan wanita yang teraniaya.

“Islam adalah adil, Islam melindungi,” tulisnya.

Bagaimanapun, Lisa juga mendoakan agar segala urusan Emilia dipermudahkan dan dikurniakan kesabaran buat Emilia mengharungi dugaan ini.

Usahawan dan rapper, Caprice serta pelakon dan arkitek negara, Azhar Sulaiman turut senada mengenai tindakan bekas suami Emilia.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

Azhar Sulaiman pula menulis, “To the ex husband, u may hate her for all u want, sampai mati pun.

“My only request is for u to retract back, this judgement and free her.

“Trust me bro, hati u takkan tenang kalau u biarkan mommy dipenjarakan dan dipisahkan dari anak-anak, just because u two bergaduh.

“Anak-anak jadi victim tak baik bro buat macam ni,” catitnya.

Emilia pada Isnin, 27 Jun 2022 menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi menjalani hukuman penjara hanya kerana menukar tarikh lawatan bekas suami dan anak mereka.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar, hari ini, mengendalikan kes Emilia yang diwakili peguam syarie, Nazri Yahya.

Peguam Siti Kassim, Pegawai Khas Komunikasi Kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi dan Sisters in Islam serta keluarga ibu tunggal dengan tiga anak itu turut hadir memberi sokongan kepada Emilia.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Berita berkaitan: Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

Author

Pilihan Editor