KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis terkenal, Siti Kassim menegur bekas suami Emilia Hanafi, SM Faisal SM Nasimuddin agar tidak membazirkan duitnya untuk khidmat guaman, sebaliknya memfokuskan pembayaran nafkah anak-anak yang dituntut sejak tujuh tahun lalu.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
Siti Kassim turut menasihati SM Faisal agar bijak menilai sesuatu bukannya mendengar nasihat peguam semata-mata.
“Peguam ini mahu duit sahaja, mereka akan nasihat macam-macam untuk tambah kos guaman mereka sebab mereka tahu U ada duit.
“I hope Faisal is watching now, I want the best for them all, please dont trust some lawyers, they will tell file this that, because they want to make money.
“I really hope that, Faisal, dont listen to what ur lawyer say, if it is for the best interest, it is not. listen to your heart.
“Have some heart please, listen to ur heart, the money paid the lawyers is better paid for your children and wife,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
Emilia semalam menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi menjalani hukuman penjara hanya kerana menukar tarikh lawatan bekas suami dan anak mereka.
Ibu tunggal dengan tiga anak itu berpakaian serba putih diiringi bersama peguam Siti Kassim, Pegawai Khas Komunikasi Kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi dan Sisters in Islam dan keluarganya pada jam 9.45 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah KL.
Emilia dipetik berkata, penyerahan diri berkenaan adalah sebagai protes yang dirasainya sebagai tidak adil.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
Katanya, beliau lakukan ini bagi membolehkan kes-kes Sivil keganasan rumah tangga bekas suami tidak terjejas hanya kerana saya bimbang jika tiba di Mahkamah Sivil akan menyebabkannya ditangkap dan dipenjarakan Syariah.
Siti Kassim turut menambah, beliau menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Emilia setelah menyemak keseluruhan cerita yang berlaku.
“He has his story, Emilia has her story. I support Emilia based on pro bono, this is about women issue, she has less money, less connection and powerless.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
“Saya kenal Emilia dan dia dipenjara kerana ubah tarikh lawatan, ia sangat teruk.
“Mesej ini untuk Faisal, tolong hubungi saya, saya jamin kita akan selesaikan isu ini sebaik mungkin. Isu ini akan kekal sebagai memori anak-anak terhadap apa yang dilakukan bapa mereka.
“Isu ini sepatutnya diselesaikan secara baik, senyap sekarang segala cerita dalam kain rakyat korek, baca, at the end of the day, your children is suffering, they can remember this forever.
“I dont like to see family gaduh macam ni sampai heret ke penjara. I will not encourage people to divorce straight away, try to talk first.
“Kami juga ada bukti yang anda tak boleh nafikan jadi jangan buat cerita tak benar lagi. Why create more and more stories?
“Apa motifnya failkan 60 kes ke atas isteri? I bet your lawyer not doing for free, betul tak?
“U pun pernah tukar tarikh lawatan, tapi Emilia tiada duit untuk failkan kes dan tidak lakukan perkara sama Faisal buat terhadapnya.
Berita berkaitan: PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak
“Hantar isteri, ibu kepada tiga anak yang bertarung nyawa untuk awak ke penjara, adakah ia adil? Ia tak adil. This is terrible, bad for the reputation of syariah court which us associated to it.
“She will always be a mother of your children. Take your anger out, let settle this. Please close this subject. Saya rayu Faisal selesaikan isu ini sebaik mungkin. Your lawyer obviously famous, I really beg you, try to resolve.
“Kami tidak membenci anda, kami cuma mengkritik sistem syariah yang perlu ditambah baik,” katanya.