HomeBeritaIsham Jalil dilantik MKT UMNO

Isham Jalil dilantik MKT UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor yang digugurkan, Hizatul Isham Abdul Jalil, dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di sini, lulusan Sarjana Dasar Awam dari Harvard University itu telah mengangkat sumpah dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lantikan aktivis media sosial berumur 46 tahun itu telah diwar-warkan telah dijemput ke mesyuarat berkenaan.

Zahid mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan UMNO bagi melantik 13 orang Ahli MKT termasuk Setiausaha Agung, Ketua Penerangan serta Bendahari UMNO.

Mesyuarat berkenaan antara lain isu-isu yang melingkari kehidupan rakyat masa kini khususnya melibatkan kenaikan kos sara hidup, harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat secara mendadak lantaran inflasi dan krisis ekonomi global. 

“MKT UMNO menggesa agar kerajaan dapat segera menangani isu kenaikan harga barangan makanan asas rakyat secara holistik, sepadu dan berkesan. 

“Sebagai contoh, dalam isu harga ayam, cadangan untuk mewujudkan Lembaga Unggas Negara wajar dipertimbangkan agar isu ayam dilihat secara menyeluruh dari aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan, kos dedak agar tidak mudah dimanipulasi oleh pihak kartel berkepentingan.

Subsidi-subsidi bersasar yang direncanakan Kerajaan seharusnya benar-benar memanfaatkan kelompok rakyat terbanyak yang susah dan derita akibat kenaikan kos sara hidup. Ini termasuklah tidak sewenangnya menarik balik subsidi yang diberikan hanya kerana kelemahan aspek penguatkuasaan.

“Mendokong keputusan Kerajaan untuk menarik balik keputusan awal bagi pengapungan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air. 

“Begitu juga komitmen Kerajaan untuk  terus menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion meskipun berlaku peningkatan tinggi kos bahan api dan kos penjanaan adalah disokong,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat juga telah memutuskan agar jentera pilihanraya UMNO di semua peringkat digemblengkan bersama dengan parti-parti komponen di bawah BN agar tahap kesiapsiagaan jentera BN keseluruhannya berada pada tahap yang tertinggi.

MKT menegaskan kembali tentang perlunya Akta Anti Lompat Parti dibentang segera di Parlimen sebelum PRU15.  

Akta Pendanaan Politik juga perlu diwujudkan agar garis panduan yang jelas mengenai kewangan parti dapat diadakan.

Author

Pilihan Editor