HomeMV+BongkarBongkar Siri 3: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 3: Tanah Melayu harga 99 sen!

RAUB: Seorang peneroka Felda  Lembah Klau Raub, Pahang mendakwa wujud perjanjian sulit antara orang tengah dengan Pejabat Tanah punca mereka tidak tahu tanah sudah terjual.

Kamarulzaman Mohd Yusof, 62, berkongsi pengalamannya dalam siri ketiga pendedahan 447 warga peneroka Felda Lembah Klau  berhubung wujudnya salah laku yang membawa kepada nilai tanah ‘diturunkan’ daripada RM3.45 hingga 99 sen sekaki adalah mengejutkan.

Dia mendakwa wujud pengambilan tanah secara rahsia di kawasan tanah miliknya, sejak 2007 sedangkan dia tidak dimaklumkan sebarang maklumat. 

Perkara itu hanya diketahui selepas dia sendiri turun melihat tanahnya sedang diambil alih, dan dipercayai diuruskan oleh seorang wakil tidak didedahkan identitinya sehingga kini. 

“Pelik, mengapa tanah kami diambil tanpa diberitahu kepada kami. Felda juga tidak beritahu pada kami.  

“Saya tidak tahu tanah akan dijual, tahu-tahu sudah disebut harga RM3.45 sekaki, tetapi kemudian dibayar pada 99 sen sekaki dan dipaksa untuk menerima,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Dia menjelaskan, pernah berulang-alik kes ke mahkamah namun ditunda beberapa kali sehingga ia ditarik semula, dan isunya tidak selesai hingga ke hari ini. 

Peneroka terbabit ditemui selepas Majlis Perjumpaan Penduduk Felda Lembah Klau bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ‘Menuntut Hak Peneroka Terlibat Dalam Pengambilan Tanah , Pembinaan Empangan Kelau’ di sini. 

Turut hadir Pengerusi Pertububan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Hj Mohd Fakrunizam Ibrahim, serta wakil PPIM, Suzana Abdullah dan Zulkifli Hassan.

Berita berkaitan:

Bongkar Siri 4: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 5: Tanah Melayu harga 99 sen!

Author

Pilihan Editor