HomeHiburanAku Bipolar luahan kreatif Yasin dalam penjara

Aku Bipolar luahan kreatif Yasin dalam penjara

PETALING JAYA: Tirai besi bukan satu halangan daripada pengarah muzik dan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman untuk terus berkarya.

Kelonggaran penjara untuk penghuninya meneruskan apa sahaja bakat mereka agar tidak terus mematikan kepakaran dan bakat mereka hanya kerana status banduan.

Tidak membiarkan masa berlalu kosong, Yasin menterjemahkan situasi penyakit bipolar yang dihidapinya menerusi nukilan lirik di dalam Penjara Sungai Buloh.

Aku Bipolar adalah nukilan lirik kedua yang diciptanya di balik tirai besi, selepas pelantun Mimpi Laila itu pernah berkongsi lirik lagu berjudul Bebaskan Aku di dalam Instagramnya, sekitar Mei lalu.

Yasin atau nama sebenarnya, Mohammad Yasin Sulaiman, sehingga kini berpendirian dan yakin, rawatan kanabis adalah berkesan untuk penyakit kecelaruan emosi sepertinya berbanding, ubat-ubatan import.

Meskipun umum mengetahui, tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini namun, hanya Yasin, 47, sebagai penghidap penyakit itu mungkin lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya sembuh seperti sedia kala.

“Aku sakit mental sesekali kronik, zahir sentimental di dalam tragik bila rasa kebal, tak takut high risk nampak berakal berkata yang logik.

“Fikiran melayang ku alami psikosis, perlukan rawatan kanabis, bukan sintetik internationalis, preskripsi Big Pharma kapitalis.

“Waktu hiperaktif insomnia, memori selektif amnesia, tak sanggup kembali manis, diikuti depresi yang lama,” demikian antara bait lirik di IGnya.

Untuk rekod, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Author

Pilihan Editor