SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diumum secara rasmi sebagai Presiden PKR bagi sesi 2022-2025 pada Kongres Nasional Ke-16 parti itu selepas menang tanpa bertanding jawatan nombor satu parti pada Pemilihan PKR 2022.
Keputusan kepimpinan baharu PKR diumum Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Saiful Izham Ramli.
Bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli pula diumum secara rasmi dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, menewaskan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut laman web rasmi PKR, Mohd Rafizi meraih 59,678 undi manakala Saifuddin Nasution mendapat 43,010 undi.
Sementara itu, empat jawatan Naib Presiden PKR yang menyaksikan pertandingan 17 penjuru dimenangi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari (46,075 undi), Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang (34,939), Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad (34,496 undi) manakala Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (33,230 undi).
Turut diumum adalah senarai 20 barisan baharu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipilih oleh 2,665 perwakilan pada Kongres Nasional PKR semalam.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKRÂ 2022-2025
Pengerusi tetap:Â Datuk Ahmad Kassim
Timbalan pengerusi tetap: Muhammad Mustafa Ghazanfar
Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan presiden: Mohd Rafizi Ramli
Naib Presiden:
1.Datuk Seri Amiruddin Shari
2.Chang Lih Kang
3.Nik Nazmi Nik Ahmad
4.Datuk Seri Aminuddin Harun
Anggota MPP:
1. Maszlee Malik
2.​​ Akmal Nasrullah Mohd Nasir
3. Datuk Romli Ishak
​​​​​​​4. Fahmi Zainol​​​​​​​
​​​​​​​5. Mohd Yahya Mat Sahri​​​​​​
​​​​​​​6. Nor Azrina Surip
​​​​​​​7. Lee Chean Chung
​​​​​​​8. Siti Aishah Shaik Ismail
​​​​​​​9. Syed Ibrahim Syed Noh
​​​​​​​10. Gerald Hans Isaac
​​​​​​​11. Simon Oii Tze Min
​​​​​​​12. Wong Chen
​​​​​​​13. Raiyan Abdul Rahim
​​​​​​​14. Tan Kar Hing
​​​​​​​15. Zahir Hassan
​​​​​​​16. David Cheong Kian Young
​​​​​​​17. Hee Loy Sian
​​​​​​​18. Amidi Abdul Manan
​​​​​​​19. Elizabeth Wong Keat Ping
​​​​​​​20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik
– BERNAMA