HomeGaya HidupBanyakkan forum kecantikan, kesihatan dan perubatan

Banyakkan forum kecantikan, kesihatan dan perubatan

CYBERJAYA: Institut Pensijilan Kecantikan Antarabangsa (IBCI) menyarankan lebih banyak pendedahan mengenai kepentingan perubatan estetik melalui penganjuran forum kecantikan, kesihatan dan perubatan.

Kekerapan penganjuran sebegini lebih banyak membantu usahawan dalam bidang berkaitan menjenamakan semula industri kecantikan yang lebih sihat dan berilmu.

Pengasasnya, Dr Darren Soo Chern Yee, berkata IBCI berupaya menjadi landasan kepada usahawan yang ingin tahu mengenai maklumat sistem pendidikan dalam industri kecantikan melalui penganjuran seperti itu.

Katanya, IBCI mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri ditubuhkan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna serta mengawasi perniagaan industri ini.

“Kami mahu pengguna memperoleh pengetahuan profesional dalam memahami industri kecantikan, selain meningkatkan sistem pendidikan dalam industri kecantikan.

“Misi IBCI juga ingin menyebarkan pengetahuan pendidikan dan mentakrifkan semula industri kecantikan kepada usahawan kecantikan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditemuramah di Sesi Forum & Dialog Perubatan, Kecantikan dan Kesihatan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Cawangan Petaling Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor berharap, IBCI boleh meluaskan kerjasama dengan mana-mana institut pengajian tinggi (IPT),supaya membawa lebih ramai pakar kecantikan berkemahiran sekali gus mewujudkan usahanita kecantikan setaraf dengan bidang profesional lain.

Author

Pilihan Editor