HomeBeritaHab makanan warisan tradisional negara bakal dibangun di Cyberjaya

Hab makanan warisan tradisional negara bakal dibangun di Cyberjaya

CYBERJAYA: Cyberjaya bakal menjadi satu lagi tumpuan pelancongan dengan pembangunan kompleks makanan warisan tradisional negara, Straits Mall dekat sini.

Kompleks masih dalam pembinaan itu dijangka menjadi hab yang menempatkan kira-kira 100 usahawan perniagaan pelbagai aneka makanan tradisi dari seluruh negara.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya menyuarakan hasrat itu kerana mahu membawa kelainan terhadap industri pelancongan makanan yang sebelum ini banyak menumpukan makanan dari luar negara.

“Banyak makanan warisan yang orang telah lupa, kali ini kita tidak mahu bawa makanan seperti piza.

“Jadi cadangan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak, mi rebus, mi bandung, kuih tradisi seri muka, bingka ubi, kita ketengahkan di kompleks warisan makanan tradisional ini,” katanya selepas program Sarapan Percuma dianjurkan Bougas Beauty di Cyberjaya di sini hari ini.

Kira-kira 1,500 ejen jualan hadir ke program berkenaan selain warga Cyberjaya yang tidak putus-putus datang mengambil pek nasi lemak dan air kotak sejak jam 8.30 pagi.

Katanya, penduduk juga ramai, begitu juga pelancong dari KLIA, Kuala Lumpur, Seremban, pasti akan datang ke Cyberjaya.

Dalam usaha itu juga katanya, pihaknya sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang mahu menceburi bidang perniagaan menerusi program sasaran pembangunan mampan (STG).

“Di bawah program STG,tiada siapa yang akan keciciran, pada masa yang sama, mengelakkan daripada kemiskinan dengan saling membantu sama lain,” katanya.

Author

Pilihan Editor