HomeBeritaKelulusan RoS bukti kesetiaan PM terhadap parti

Kelulusan RoS bukti kesetiaan PM terhadap parti

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buktikan beliau pemimpin berprinsip, menunaikan janji parti tanpa campur tangan dalam keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Exco Pemuda UMNO Malaysia Kuala Terengganu, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, RoS telah meluluskan permohonan UMNO untuk pemindaan perlembagaan dan membenarkan UMNO menangguh pemilihan parti.

Katanya, selepas ini, pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“Semasa PAU Khas, Ismail Sabri menyokong usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

“Sekarang mana perginya suara sumbang dan tin kosong yang selama ini mengatakan Ismail Sabri mahukan pemilihan parti dahulu kerana beliau mahu menjadi Presiden UMNO.

“Satu per satu tindakan Ismail Sabri memihak kepada UMNO. Hingga Bersatu berasa kecewa dan tidak henti mengugut Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, pada masa yang sama Ismail Sabri sangat teliti dengan kerjasama bersama parti-parti yang mendukung kerajaan kini.

“Inilah seni politik Naib Presiden UMNO kita yang bijak dan cermat.

“Walaupun beliau memimpin kerajaan yang dianggotai Bersatu, namun tidak pernah sesekali beliau membelakangi UMNO malah menguntungkan parti.

“Perdana Menteri turut menunaikan janjinya di mana RUU Anti Lompat Parti telah pun lulus dan sekali gus menjadikan UMNO sebagai pelopor dalam reformasi institusi seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat MKT UMNO pada 27 Ogos 2021.

“Saya harap golongan yang memecah belahkan UMNO ini sedar dan bertaubat. Mereka sepatutnya meminta maaf kepada Ismail Sabri,” katanya.

Najmil Faiz memberitahu, sekarang adalah masa ahli UMNO bersatu dan memperkukuhkan parti menghadapi PRU15.

Terima kasih Ismail Sabri kerana telah membuktikan beliau adalah pemimpin UMNO sejati yang sentiasa mendahulukan kepentingan UMNO berbanding peribadi.

Author

Pilihan Editor