HomeHiburanStudio Kembara buru bakat baharu sutradara berkualiti

Studio Kembara buru bakat baharu sutradara berkualiti

KUALA LUMPUR: Berita baik bagi rakyat tempatan yang mahu mencuba nasib dalam ilmu pengarahan kerana Studio Kembara kini sedang mencari bakat sutradara yang boleh menghasilkan filem baik dan berkesan.

Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali sedang dalam proses pencarian bakat sutradara atau lebih dikenali sebagai pengarah yang berpotensi menghasilkan filem berbentuk semangat jati diri seperti Mat Kilau.

“Kita akan, sedang dalam proses mencari bakat untuk digarap supaya kita boleh buat banyak filem yang bagus,” demikian ringkas jawapannya ketika diminta mengulas mengenai potensi pengarah baharu untuk penerbitan filem akan datang.

Beliau berkata demikian, kepada MEDIA VARIASI di program Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) bertemakan ‘Kesatuan Melayu, Keunggulan Peradaban’ di Padang KLFA, Taman Melati, di sini, semalam.

HPBM anjuran PEMBELA itu dihadiri kira-kira 4,000 pengunjung yang sebahagiannya memakai pakaian kemuliaan Melayu selain pameran seperti Tamadun Awal Sungai Batu.

Tahun lalu, Pertubuhan Karya Sutradara Sinematik Malaysia (MCAG) dan FINAS bekerjasama menganjurkan program ‘Rahsia Sutradara- Be Your Own Director’ untuk membuka peluang buat pengarah muda baharu timba ilmu pengarahan daripada pengarah mentor dan hasilkan filem sendiri.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos depan.

Majlis tayangan perdana filem biografi epik sejarah Melayu itu, akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Author

Pilihan Editor