HomeMV+EksklusifKerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah - KP Penjara

Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

KAJANG: Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral, Datuk Nordin Muhamad, memberitahu pesalah Syariah, sebenarnya ada pilihan untuk tidak menjalani hukuman pemenjaraan iaitu Perintah Kehadiran Wajib (PKW) iaitu kerja komuniti.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Bagaimanapun polisi awal pihak penjara hanya menerima keputusan  yang telah dimuktamad oleh agensi lain seperti mahkamah.

Pelancaran Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia Baharu, di Kajang pada Isnin

“Tetapi selepas mereka berada di sini dalam sebulan kita sudah tahu profil kes, buat kajian seperti kali pertama kesalahan atau tahap serius jenayah mereka sama ada betul-betul sengaja atau sebab masalah mental atau terpaksa.

“Jadi untuk pesalah Syariah (untuk jalani PKW), kita sudah beri kerjasama, selaras dengan perlaksanaan PKW pada Mac lalu yang memberi pilihan kepada pesalah di bawah kesalahan-kesalahan kecil namun bagi pesalah Syariah ini baru bermula.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

“Pada pendapat saya pemenjaraan adalah pilihan terakhir kerana proses ini akan cipta kemiskinan segera dan kena fikir apa nasib kepada rakyat.

“Matlamat penjara adalah memulihkan dan menyumbang semula tenaga mereka kepada komuniti dan negara,” katanya kepada media selepas diminta mengulas kes Emilia Hanafi, pesalah Syariah yang  diperintahkan penjara tujuh hari kerana menukar ganti tarikh lawatan bekas suami dan anaknya.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Beliau berkata demikian pada pelancaran Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan disempurnakan olehnya, di Ibu Pejabat Penjara Malaysia Baharu, di sini.

Turut hadir, Pesuruhjaya British ke Malaysia dan tiga pakar dari Her Majesty Prison and Probation Services United Kingdom serta UNODC di Malaysia.

Pemenjaraan Emilia menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk bekas peguam Syariah pertama di Malaysia, Tan Sri Munsyi Muslim Yaakob yang mendedahkan mahkamah Syariah  asalnya tiada hukuman penjara. Beliau mengambil contoh pada zaman Nabi tiada penjara.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkara berkata, kerajaan sedia melaksanakan hukuman alternatif kepada pesalah-pesalah syariah.

Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara dibuat melalui program pemulihan dalam komuniti.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461) dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (ODPKW).

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Peruntukan dalam Akta 461 selari perubahan semasa sistem perundangan daripada ‘keadilan pembalasan’ kepada ‘keadilan pemulihan’ bagi memberi peluang kedua kepada lebih ramai pesalah dengan menjalani hukuman serta pemulihan di luar penjara.

PKW adalah hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah melakukan kesalahan kecil dan syariah, pesalah ini dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat.

Pesalah juga boleh meneruskan kehidupan harian tanpa menjejaskan kebajikan mereka dan keluarga semasa menjalani PKW ini.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara serta mengelak penularan penyakit berjangkit dalam penjara.

Pindaan Seksyen 5 Akta 461 memberikan budi bicara kepada hakim atau majistret untuk menentukan hukuman PKW dengan mengambil kira latar belakang Orang Kena Tuduh (OKT) dan keadaan kesalahan itu dilakukan.

Pindaan kepada seksyen itu juga memberikan mahkamah kuasa untuk membuat suatu PKW terhadap mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Berita berkaitan: Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Menerusi pindaan setahun kepada tiga tahun pemenjaraan, ia lebih memberikan pilihan kepada mahkamah menggunakan budi bicara kehakiman untuk memberikan hukuman alternatif kepada hukuman pemenjaraan dalam kes yang mahkamah sendiri berpendapat hukuman PKW adalah satu hukuman yang tepat dan wajar kepada seorang OKT.

Author

Pilihan Editor