HomeBeritaBicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

Bicara kes keganasan SM Faisal ditangguh September

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes jutawan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dengan tuduhan mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa ditangguhkan ke tarikh 8 September depan.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin ketika prosiding berkata, kedua-dua pihak setuju dengan tarikh baharu ditetapkan berlangsung selama tujuh hari, bermula September.

Menurutnya, tarikh perbicaraan baharu itu ialah pada 8, 12 dan 14 September sementara Oktober pada 14 dan 26 dan terakhir 17 serta 18 November.

Prosiding pada Selasa dijadualkan untuk sambung bicara tetapi ditangguhkan ke tarikh lain, berikutan majistret yang mendengar kes itu berdepan dengan hal kecemasan.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

“Saksi remaja lelaki yang juga anak kepada SM Faisal dan Emilia berusia 15 tahun akan memberi keterangan dalam prosiding yang diadakan secara tertutup pada tarikh itu.

“Saksi-saksi lain termasuk polis, ahli keluarga akan dipanggil beri keterangan,” katanya.

SM Faisal, 43, berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang pada 22 November 2015.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada prosiding Isnin, seorang polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau melihat Emilia Hanafi menangis ketakutan, menunjukkan kesan lebam di tangan didakwanya dipukul suami.

Pemandu kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sarjan Saleh Omar Osman itu berkata, selepas laporan diterima dia dan seorang lagi rakan setugas telah pergi ke kediaman no. 2 Serene Kiara, Sri Hartamas pada 22 November 2015 jam 4.40 petang

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

 

Author

Pilihan Editor