KUALA LUMPUR: Kunci kereta Ferrari antara bukti kes yang dirakam selain 11 gambar kes lain dirakam polis jurufoto polis di tempat kejadian dan barang kes di sebuah rumah teres di Serene Kiara, Desa Sri Hartamas, di sini, pada 27 November 2015.
Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia tinggal di Selangor
Rumah itu didakwa menjadi lokasi Emilia Hanafi dicederakan oleh bekas suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal.
Saksi pendakwaan ketiga, Koperal Muhamad Shahmi Yusof, 37, dari Cawangan Fotografi (D6) Bahagian Teknik, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berkata, sebanyak 11 gambar tempat kejadian merangkumi ruang tamu, bilik tidur utama dan ruang televisyen, manakala satu lagi gambar kunci kereta Ferrari.
Mohd Shahmi berkata, gambar yang diambil menggunakan kamera digital Canon EOS Model 60D mengikut arahan pegawai penyiasat, Inspektor Rosnani Ramli.
Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia tinggal di Selangor
Ia dirakam pada 27 November 2015, lima hari selepas laporan polis oleh Emilia Hanafi pada 22 November 2015.
“Gambar disimpan dalam kad memori. Saya mengesahkan kamera dan kad memori itu digunakan dalam keadaan baik serta berfungsi.
“Selesai merakam gambar di tempat kejadian, saya pulang ke pejabat dan memindahkan gambar daripada kad memori ke cakera padat.
“Kemudian, saya akan padam gambar dalam kad memori, serta akan mencetak gambar dalam cakera padat menggunakan komputer serta mesin cetak,” katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Majistret Nadia Othman, hari ini.
Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia tinggal di Selangor
SM Faisal selaku orang kena tuduh (OKT) diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala tiga peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat, Nizam Bashir dan Nazri Yahya hadir bagi pihak Emilia.
Turut hadir, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Penasihat Kumpulan Guaman, Mohd Kifli Abu Samah.
Mengikut pertuduhan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang juga isterinya ketika itu, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang, pada 22 November 2015.
Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia tinggal di Selangor
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jun lalu, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lalu.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin; Muhamad Shahmi berkata, beliau tidak menerima sebarang arahan untuk memadam gambar berkenaan dalam kad memori.
Beliau berkata, perkara itu biasa dilakukannya untuk setiap kes bagi memastikan ruang kad memori tidak penuh.
Berita berkaitan: Mahkamah Tinggi Syariah KL dengar tuntutan Emilia tinggal di Selangor
Nur Aishah: Ketika di tempat kejadian pula, Shahmi ada nampak pegawai penyiasat lakukan selain memberi arahan kepada kamu untuk ambil gambar?
Muhamad Shahmi: Ada. Dia (pegawai penyiasat) membuat lakaran tempat kejadian.
Nur Aishah: Ada bantu dia buat lakaran?
Muhamad Shahmi: Tidak.
Nur Aishah: Jika ada rajah lakaran itu, Shahmi boleh terangkan?
Muhamad Shahmi: Tidak.
Muhamad Shahmi dalam pemeriksaan balas oleh Akberdin pula berkata, ahli perniagaan itu membuka pintu rumah ketika beliau dan pegawai penyiasat tiba untuk menjalankan siasatan.
Akberdin: Siapa buka pintu rumah itu, SM Faizal atau pembantu rumahnya?
Muhamad Shahmi: Dia (SM Faizal) yang buka.
Akberdin: Pasti ke?
Muhamad Shahmi: Pasti.
Akberdin: Selain gambar yang dikemukakan di mahkamah, ada gambar lain diambil?
Muhamad Shahmi: Tidak.
Perbicaraan bersambung 1 Ogos ini.