KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memiliki bidang kuasa untuk mendengar tuntutan balas Emilia Hanafi yang tinggal di Selangor.
Berita berkaitan: Kembalikan mahkamah Kadi yang asal
Dengan keputusan ini, Emilia sebagai pihak defendan memohon untuk meminda penyata pembelaan dan tuntutan balas bagi memasukkan keseluruhan tuntutan harta sepencarian pihak defendan terhadap pihak plaintif.
Mahkamah kemudian, menetapkan tarikh sebutan kes berikutnya pada 23 Ogos depan.
Terdahulu, dalam satu kenyataan bersama pihak defendan semalam, pihak defendan melalui peguamnya, Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co dan Tetuan Nazri Yahya & Co memohon petunjuk mahkamah syariah berkenaan persoalan sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan harta sepencarian defendan yang telah sekian lama tinggal dan bermastautin di Selangor.
Berita berkaitan: Kembalikan mahkamah Kadi yang asal
Persoalan berbangkit kerana menurut Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 4 Tahun 2016, Mahkamah Syariah hanya boleh mendengar tuntutan harta sepencarian iaitu.
“… apabila pihak yang menuntut tersebut memenuhi peruntukkan Seksyen 2 dan 4 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam”.
“Seterusnya, Seksyen 2 dan 4 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa akta tersebut hanya terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan; dan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan: Kembalikan mahkamah Kadi yang asal
Kenyataan itu turut menyebut, petunjuk tersebut adalah penting bagi memastikan bahawa apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak defendan dalam prosiding ini adalah sejajar dengan kehendak undang-undang.
Penulis bagaimanapun turut merasa aneh kerana tiada nama Emilia Hanafi dalam senarai kes yang sudah disahkan ada pada prosiding semalam.