HomeBeritaMangsa tanya soalan agama tapi ustaz ajar 'sexual grooming' - Kenalan

Mangsa tanya soalan agama tapi ustaz ajar ‘sexual grooming’ – Kenalan

KUALA LUMPUR: Pengguna aplikasi media sosial TikTok yang mendakwa mengenali remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa rogol seorang selebriti dakwah dan keluarga mangsa memberitahu, perkenalan remaja tersebut dengan ustaz berkenaan bermula dengan pertanyaan soalan berkaitan agama.

Remaja berusia 14 tahun itu didakwa pemilik akaun TikTok @qayqay menjadi mangsa rogol selebriti dakwah bergelar ustaz dikatakan diperdayakan ustaz berkenaan yang kemudian mengajaknya keluar.

Pemilik akaun itu mendakwa ada bukti perbualan antara keduanya dan apabila diketahui oleh keluarga mangsa, mereka cuba menuntut keadilan.

“Umur 14 tahun sepatutnya didik jauh dari larangan agama mana akhlak dia bila chat benda jijik nak baca.

“Dua-dua salah yang budak sebab termakan janji manis, yang penceramah bebas agama pula tu dalam siasatan polis, masuk akal ke tanpa bukti kukuh family berani tampil ke hadapan?

“Kalau korang di tempat family mangsa ada ka korang akan berdiam diri?

“Kau jaga anak kau dari kecil jaga maruah diri, alih-alih bila kenal ustaz dia rosakkan anak kau, ajar anak kau tipu daya untuk jumpa dia, ajar anak kau sex grooming? Mana akal waras dia sedangkan mangsa hampir sebaya anak perempuan ustaz tu?,” katanya.

Dalam aplikasi Tik Tok tersebut, wanita berkenaan turut menyentuh mengenai laporan yang mendakwa suspek dan mangsa sudah beberapa kali melakukan hubungan seks.

Pemilik akaun mendakwa, remaja berumur 14 tahun sepatutnya diajar untuk menjauhi larangan agama bukannya melakukan perkara tidak sepatutnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut beranggapan kedua-dua pihak bersalah dalam hal ini dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, seorang selebriti dakwah bergelar ustaz dilaporkan dicekup polis dan direman selama lima hari selepas disyaki merogol seorang budak sekolah berusia 14 tahun di sekitar negeri ini.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, kira-kira pukul 4.50 petang Selasa.

Author

Pilihan Editor