HomeBeritaNetizen persoal kemewahan pengerusi kem tahfiz

Netizen persoal kemewahan pengerusi kem tahfiz

KUALA LUMPUR: Gara-gara hantaran berbaur hinaan terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang digambarkan menggoda ustaz sebelum dirogol berulang kali, nama pemilik Facebook, Ezzat Tahir tiba-tiba tular dalam kalangan netizen.

Hantaran beliau sebagai seorang pengerusi kem tahfiz turut disambut rakan FBnya dengan membalas komen berbaur lucah dan menyamakan mangsa rogol itu sebagai kereta baru keluar kilang.

Walaupun rakannya membuat permohonan maaf, beliau cuma diam dan hanya menulis “Silakan viralkan mudah-mudahan boleh jadi selebriti macam Stopa.

 

Jabatan Netizen mula membuat siasatan dan terkini tular di TikTok milik akaun han_skyline mengenai kemewahan hidup pengerusi kem berkenaan yang mampu tinggal di Pavillion.

Pemilik akaun TikTok berkenaan bertanya adakah kemewahan itu datangnya dari wang derma atau infaq untuk membangunkan kem tahfiznya.

 

Antara komen netizen:

Wan Ieda: Bila dipertikai yang minta derma kerana meragukan, tapi ada yang kata biar… tu antara dia dgn Tuhan.

Ku Kira Kau Garaj: Makin kayalah member patut kerajaan diwajibkan audit untuk NGO dan Maahad Tahfiz ni.

Mod Yusni Md Taib: Mintak derma anak yatim buat bangunan macam istana jadi harta peribadi

Syahron: Aku mmg dah lama tau… sbb tu yang duk diri kat pasar kutip2 derma… mmg aku xpernah nak derma pun… nak derma kat saluran yang tepat je.

Sejauh mana kebenarannya hanyalah empunya diri yang boleh jawab namun berasa diri tidak salah ketika membuat jenaka mengenai mangsa rogol remaja 14 tahun, ia sesuatu yang menimbulkan kemarahan awam.

Kelmarin, lelaki berkenaan dipercayai membuat hantaran sindir berbaur lucah terhadap mangsa rogol bawah umur di Facebook miliknya.

Individu yang menggunakan akaun Facebook, Ezzat Tahir itu memuat naik gambar bersama tulisan di hantaran iaitu:

“Ustaz F&N penceramah bebas ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun.

Berkali-kali hebat juga. Ustaz yang hebat atau gadis tu yang hebat. Berkali-kali perginya??

“Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, jabatan netizen cekap menjalankan kerja dengan membuat tangkap layar di komen yang ditinggalkan individu berkenaan di hantaran sama sebelum hantaran itu dipadamkan

Terdapat komen saling berbalas antara individu yang memuat naik hantaran dan pengikutnya, seolah-olah saling menyokong rogol itu adalah menyeronokkan.

Author

Pilihan Editor