HomeBeritaPengguna Maxis/Hotlink terima mesej peringatan skim penipuan WANGIRI

Pengguna Maxis/Hotlink terima mesej peringatan skim penipuan WANGIRI

CYBERJAYA: Pengguna Maxis dan Hotlink mungkin agak terkejut hari ini apabila menerima teks pesanan ringkas (SMS) mengenai skim penipuan telefon WANGIRI.

Syarikat rangkaian telekomunikasi itu meninggalkan mesej peringatan supaya pengguna lebih berhati-hati jika menerima panggilan nombor antarabangsa yang tidak dikenali.

Antara kandungan itu menyatakan, berhati-hati dengan penipuan! Elakkan daripada menjadi mangsa penipuan telefon WANGIRI! Jangan jawab atau panggil semula sebarang panggilan daripada nombor antarabangsa atau luar biasa. Jadi pengguna yang lebih bijak dan belajar mengenal pasti penipuan atau penipuan biasa di Malaysia di www.maxis.com.my/bewareofscams.

Apa itu Wangiri? Ia dipercayai skim penipuan panggilan daripada nombor luar biasa, muncul dari Jepun, tahun ini.

Istilah Wangiri itu juga dipercayai bermaksud panggilan tak terjawab dalam bahasa Jepun.

Turut didakwa, ia bukan sahaja terjadi di Malaysia dan Jepun tetapi negara lain.

Modus operandi skim penipuan telefon ini adalah, pemanggil akan membuat panggilan tidak berjawab atau ‘missed call’, secara berulang kali.

Penerima akan membuat panggilan semula atau ‘return call’ nombor tertera di telefon.

Kesannya, cas panggilan akan dikenakan ke atas penerima panggilan dengan kadar yang tinggi dan tidak munasabah dan ia menguntungkan pemanggil sahaja.

Pemanggil sekali gus akan menerima komisen.

Kesimpulannya, jangan angkat atau jawab panggilan nombor antarabangsa atau tidak dikenali, atau jangan mudah terpedaya dengan nombor mencurigakan.

Author

Pilihan Editor