HomeBeritaSultan Pemurah beri pempengaruh TikTok hadiah mewah strategi perkenal produk?

Sultan Pemurah beri pempengaruh TikTok hadiah mewah strategi perkenal produk?

KUALA LUMPUR: Identiti pemilik ‘Sultan Pemurah’ semakin terdedah hasil siasatan netizen menerusi penelitian di akaun miliknya dan sesi live Tiktok bersama pempengaruh.

Dia dicirikan sebagai rakyat Malaysia, memandu sebuah Lamborghini, bertutur sedikit pelat, suara mirip selebriti seperti Shuib Sepahtu, Johan Raja Lawak, Youtuber Isa Isarb, usahawan terkenal Hafiz Mahamad.

Anak lelaki Datuk Seri Vida iaitu Eric Zecquan Mohd Amin atau Kacak turut disebut-sebut.

Gerangan Sultan Pemurah mula menjadi buah mulut netizen apabila tindakannya yang memberikan ‘gift’ atau hadiah mewah bernilai puluhan ribu di live pempengaruh TikTok sedang meningkat naik, Ryan Bakery, baru-baru ini.

Jumlah harga hadiah yang diberikan kepada Ryan oleh Sultan Pemurah itu adalah sekitar 300,000 Coins dan perlu labur RM19,958 untuk beli coins sebanyak itu di TikTok.

Bukan sahaja Ryan, penyanyi Zamani Slam, pasangan pelakon, usahawan dan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafril, selebriti dakwah Ebit Lew, usahawan sensasi, Sajat turut menerima hadiah sama.

Individu buta penglihatan kak Anis, malah Kacak sendiri serta ramai lagi yang mempunyai ramai pengikut, menjadi pilihan Sultan Pemurah berbuat demikian.

Persoalannya, adakah ini salah satu strategi awal Sultan Pemurah bagi mempromosi diri atau sesuatu jenama produk baharu?

Ini kerana, strategi ini disifatkan sangat bijak kerana tidak memerlukan kos pemasaran dan publisiti, melainkan hanya menggunakan kreativiti dengan nama Sultan Pemurah.

Bagaimanapun, Sultan Pemurah dikatakan terus kekal rendah diri meskipun menyatakan akan terus muncul secara rawak dalam live sesiapa sahaja di TikTok.

Author

Pilihan Editor