KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina mengesahkan ikatan perkahwinan sudah terlerai selepas 11 tahun hidup bersama.
Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Pengumuman itu dilakukan serentak menerusi laman Instagram (IG) masing-masing jam 9 malam tadi namun, tidak berkongsi tarikh perceraian.
Noh yang sebelum ini menafikan sebarang masalah rumah tangganya berkata, mereka setuju membuat pengumuman berkenaan.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan.
Noh tidak mahu peminat bersedih kerana mereka tetap berkawan baik dan berterima kasih kepada orang ramai yang banyak memberikan sokongan kepada mereka selama ini.
Difahamkan, perceraian di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu.
Sejak semalam heboh dalam media sosial memperkatakan tentang kewujudan koleksi foto dan video lucah mirip seorang artis popular tanah air.
Menerusi perkongsian yang didedahkan sumber, terdapat kira-kira tujuh video pelbagai aksi lucah melampau termasuk membabitkan artis tempatan.
Lebih mengejutkan, video-video berkenaan dirakamkan sendiri oleh artis lelaki yang merupakan vokalis sebuah kumpulan itu.